Cerita Buruj

Cerita Buruj 


*Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.

*Buruj kelihatan seperti bintang-bintang yang membentuk corak-corak yang menarik di langit pada waktu
  malam

*Corak-corak ini hanya terbentuk apabila kita melihatnya dari Bumi 🌎

*Corak tersebut tidak wujud di ruang angkasa ★







- Terdapat 88 buruj seperti capricornus, carina, draco, skorpio dan pelbagai lagi untuk maklumat lanjut
  klik link ini 👉https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_buruj



-Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union, IAU) sejak 1922. 


-Tetapi hanya empat buruj sahaja yang senang dan sering dilihat iaitu=



- Buruj BIduk

Buruj Biduk ialah gugusan tujuh bintang.Buruj ini membentuk corak seperti gayung atau  senduk dengan tangkainya
.Biduk muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera utara.





-Buruj Pari
 Buruj Pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenal pasti di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.Ia terdiri daripada gugusan empat bintang yang tersusun berbentuk corak
seperti layang-layang.






-Buruj Belantik
 
Buruj Belantik ialah salah satu buruj yang paling menonjol  di langit pada waktu malam.Belantik
membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang.
Buruj Belantik muncul dilangit pada waktu malam malam di antara hemisfera utara dan selatan.




-Buruj Skorpio
 
Buruj Skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.
 
Buruj Skorpio muncul di langit pada waktu  malam di sebelah hemisfera selatan.




Petunjuk Arah

-Sebelum terciptanya kompas dan kelendar,manusia berpandukan buruj-buruj di langit sebagai petunjuk arah.

-Buruj  yang terlibat ialah buruj pari yang menunjuk ke selatan dan buruj biduk yang menunjukkan ke utara.
   




petunjuk musim





menunjuk arah kiblat

-Buruj juga digunakan oleh umat islam sebagai petunjuk arah kiblat
- Buruj yang terlibat ialah buruj belantik kita boleh merujuk tali pinggang pemburu untuk memastikan arah kiblat.






Comments